MQKB - SYUKBAH ILMU WAHYU

Aktiviti dan perjalanan semasa Syukbah Ilmu Wahyu

 
Laman web ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan maklumat semasa perjalanan Kelas Alim atau Syukbah Ilmu Wahyu di Madrasatul Quran Kubang Bujuk Serada Kuala Terengganu (MQKB).

 MQKB DAN SYUKBAH PENGAJIAN ILMU WAHYU  (10 TERAS)  

1.       AlQur’an adalah wahyu Ilahi yang diturunkan untuk menjadi sumber hidayat dan sumber inspirasi (ilham) baik dalam perkara duniawi mahupun ukhrawi. Al Quran juga adalah landasan atau orbit di mana kita tidak boleh terlepas darinya dalam rangka mencapai kejayaan dan mendapat  keredhaan Ilahi.

2.       Pemahaman AlQur’an tidak mungkin sempurna tanpa memahami hadis yang merupakan penghurai AlQur’an. Oleh itu, pengajian hadis termasuk pelajaran wajib di MQKB, berteraskan kitab-kitab induk yang menjadi sandaran umat sejak dulu hingga kini, seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah (Sihah Sittah).

3.       Kesempurnaan pemahaman hadis pula bergantung kepada fiqh terutama hadis “ahkam” (hukum hakam). Kerana itu FIQH dianggap matapelajaran induk selepas tafsir dan hadis. Berdasarkan pegangan umum di Nusantara, fiqh SYAFIE diberi penumpuan. Di samping mempelajari “muqaranah” (perbandingan) antara mazhab, hikmah tasyri’ (rahsia syari’at)  dan sejarah tasyri’. 

4.       Ketiga-tiga ilmu induk tersebut tidak mungkin sempurna tanpa mendalami tiga ilmu “usul”, iaitu USUL TAFSIR, USUL HADIS dan USUL/QAWAID FIQH.

5.       Oleh kerana AlQuran dan semua ilmu pengantarnya menggunakan bahasa Arab, MQKB menjadikan penguasaan bahasa Arab sebagai juzuk pengajian yang tidak boleh terpisah.

6.       Kepentingan ilmu Mantiq (logic) terletak dalam fungsinya untuk mengasah dan menajamkan fikiran. Memandangkan AlQuran menggesa ummatnya berfikir, pelajaran mantiq antara yang diberi penekanan di MQKB.

7.       Beberapa buah kitab “matan” (asas) diwajibkan pelajar menghafalnya sebagai kunci untuk mendalami ilmu wahyu, di antaranya asas NAHWU, SOROF, MUSTALAH HADIS, TAUHID, FIQH DAN USUL FIQH.

8.       Majlis SYARAHAN dan latihan berkomunikasi dalam bahasa Arab merupakan program mingguan di mana para pelajar akan berlatih berdiri di hadapan pelajar lain dan bersyarah atau berkomunikasi dalam bahasa Arab, untuk membentuk kemahiran dan keberanian menggunakan bahasa Arab.

9.       Dari masa ke semasa pelajar dilatih berbahas dan berdebat ilmiah untuk membentuk pemikiran kreatif dan keberanian berhujah.

10.    Untuk mempelajari secara praktikal bagaimana Baginda SAW menghidupkan “roh” AlQuran, pelajar dikehendaki keluar setahun sebaik tamat belajar.

SUSUR GALUR PENGAJIAN

Syukbah Ilmu Wahyu adalah lanjutan dari pengajian di Syukbah Hafazan. Memakan masa selama 8 tahun . 4 tahun peringkat tsanawi (menengah) dan 4 tahun peringkat 'aliah (tinggi). Setelah tamat pengajian , SYAHADAH ALIMIYYAH akan dikurniakan dan mereka - insyaAllah - layak untuk mengajar dimana–mana institusi agama.

 ASAL USUL NAMA SYUKBAH ILMU WAHYU

 Syukbah dari perkataan Arab membawa makna cabangan atau ceraian dari sesuatu jabatan yang lebih besar. Dalam instisusi pendidikan, syukbah adakala disebut "qismu".

Di Madrasatul Quran, ada dua ceraian pengajian.  1- Syukbah Hafazan (biasa disebut "Kelas Hafiz").  2- Syukbah Ilmu Wahyu (biasa disebut "Kelas Alim").

Sementara perkataan "Ilmu Wahyu" pula diambil sempena pengajian dalam syukbah ini yang berkisar tentang ilmu-ilmu wahyu yang berpaksikan Al Quran. Ilmu-ilmu ini dibahagikan kepada dua..

 MASIH DALAM KEMASKINI OLEH :USTAZ ABDUL FATAH ABAS AT-TANAWI

 

                                   CARTA ORGANISASI 2011 (WARNA)

title

BAYAN MAULANA IBRAHIM DEWLA re - text, photos, videos, addons, whatever you want!

                                   CARTA ORGANISASI 2011 (PUTIH)

title

Click to add text, images, and other content

Program Semasa

No upcoming events

Video

No recent videos

Countdown Clock

Webs Counter

Realtime Clock

Realtime Clock

Subscribe To Our Site