MQKB - SYUKBAH ILMU WAHYU

IKLAN/HEBAHAN

TEMUDUGA DAN SYARAT KEMASUKAN

Posted by hibrulummah on November 7, 2010 at 7:20 AM


Alhamdulillah, dengan izin Allah dan inayahNya, pengajian ilmu wahyu (merangkumi ilmu Bahasa Arab dan cabangan-cabangan ulum syar’iyyah) telah berjalan di Qismul Ulum Madrasatul Quran, Kubang Bujuk Kuala Terengganu selama lebih kurang 25 tahun.

Peluang pengajian dibuka setiap tahun kepada pelajar yang memiliki ciri-ciri berikut 

  • Berumur diantara 13 -18 tahun - kecuali yang ingin menyambung pengajian dari tempat lain, umur melebihi 18 tahun boleh dipertimbangkan.

  • Dapat membaca Al-quran dengan baik.

  • Dapat membaca dan menulis jawi dengan baik.

  • Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar pasca hafazan.

  • Berbudi pekerti dan berakhlaq mulia.

  • Menguasai pengetahuan asas tentang fardhu ain.

  • Mengingati sifir dharab 12 (untuk kemudahan mempelajari bab zakat dan Faraidh).

  • Pelajar yang datang temuduga DISYARATKAN keluar 40 hari terlebih dahulu (dipertimbangkan kalau telah keluar 40 hari dalam lingkungan 6 bulan sebelum tarikh temuduga).

  • Bagi pelajar yang datang dari madrasah lain WAJIB membawa surat dari pihak madrasah lama.

    • a)     Surat berhenti / sokongan.

    • b)     Kasyfud-darajat (keputusan peperiksaan).

  • Kehadiran ibu/bapa/penjaga pelajar pada tarikh temuduga adalah WAJIB.

  • Keazaman dan tekad serta iltizam yang tinggi untuk belajar sehingga tamat pengajian selama 8 tahun (4 tahun di peringkat tsanawi/menengah dan 4 tahun di peringkat ‘aliah (tinggi). Iltizam ini perlu ada pada pelajar, mahupun ibubapa/penjaga. 


Tarikh dan masa temuduga 

Tarikh temuduga untuk sesi pengajian 2013/2014 ialah pada 24 atau 25 Ogos 2013 (bersamaan 17 atau 18 Syawal 1434).  

Masa: 

  • 09.00 pagi  – 11.00 pagi  - Masa temuduga

  • 11.00 pagi  – 11.30 pagi   - Taklimat bersangkutan pengajian

  • 11.30 pagi  – 12.30 tghr   -  Taklimat peraturan madrasah dan pendaftaran pelajar yang lulus temuduga.


Catatan penting:

Ibu/bapa/penjaga perlu hadir semasa sesi taklimat dan pendaftaran.



 


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

3 Comments

Reply Azhari Hj Abu
12:08 AM on December 17, 2012 
Assalamualaikum, saya Azhari Hj Abu, ayah kepada Abdul Azim bekas pelajae Sek Rendah Islam Al Ummah, Chemor Perak, ingin dan berhasrat untuk mendaftarkan anak saya ke Sekolah/Madrasah ini jika masih boleh berbuat sedemikian. Mengenai syarat2 yang dinyatakan Insya Allah die boleh ke arah itu dan merupakan pelajar yang lebih kepada pelajaran ke agamaan. Beliau juga pernah menjadi juara khuthbah peringkat Negeri Perak darul Ridzuan tahun 2012.
Mohon pertimbangan tuan di atas permohonan ini.
Terima kasih.
Azhari hj Abu 0195975945
Reply Sayed Zulhafiz
11:29 AM on December 21, 2012 
Assalamualaikum.. saya seorang pelajar IPG dan masih lagi dalam sesi pengajian di IPG kampus IPOH.. saya nak tanya, bolehkah saya menumpang untuk mengikuti pengajian di madrasah ini ketika saya sedang cuti semester nanti? syukran atas jawapan..
Reply AZIZAN BINTI SETAPA
11:21 PM on April 6, 2016 
Moga satu hari nanti anak lelaki akan menuntut di sana dan akan mejadi seorang pendakwah kepada agama Allah.

Program Semasa

No upcoming events

Countdown Clock

Webs Counter

Realtime Clock

Realtime Clock

Subscribe To Our Site