Alhamdulillah, dengan izin Allah dan inayahNya, pengajian ilmu wahyu (merangkumi ilmu Bahasa Arab dan cabangan-cabangan ulum syar’iyyah) telah berjalan di Qismul Ulum Madrasatul Quran, Kubang Bujuk Kuala Terengganu selama lebih kurang 25 tahun.
Peluang pengajian dibuka setiap tahun kepada pelajar yang memiliki ciri-ciri berikut
Berumur diantara 13 -18 tahun - kecuali yang ingin menyambung pengajian dari tempat lain, umur melebihi 18 tahun boleh dipertimbangkan.
Dapat membaca Al-quran dengan baik.
Dapat membaca dan menulis jawi dengan baik.
Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar pasca hafazan.
Berbudi pekerti dan berakhlaq mulia.
Menguasai pengetahuan asas tentang fardhu ain.
Mengingati sifir dharab 12 (untuk kemudahan mempelajari bab zakat dan Faraidh).
Pelajar yang datang temuduga DISYARATKAN keluar 40 hari terlebih dahulu (dipertimbangkan kalau telah keluar 40 hari dalam lingkungan 6 bulan sebelum tarikh temuduga).
Bagi pelajar yang datang dari madrasah lain WAJIB membawa surat dari pihak madrasah lama.
a) Surat berhenti / sokongan.
b) Kasyfud-darajat (keputusan peperiksaan).
Kehadiran ibu/bapa/penjaga pelajar pada tarikh temuduga adalah WAJIB.
Keazaman dan tekad serta iltizam yang tinggi untuk belajar sehingga tamat pengajian selama 8 tahun (4 tahun di peringkat tsanawi/menengah dan 4 tahun di peringkat ‘aliah (tinggi). Iltizam ini perlu ada pada pelajar, mahupun ibubapa/penjaga.
Tarikh dan masa temuduga
Tarikh temuduga untuk sesi pengajian 2013/2014 ialah pada 24 atau 25 Ogos 2013 (bersamaan 17 atau 18 Syawal 1434).
Masa:
09.00 pagi – 11.00 pagi - Masa temuduga
11.00 pagi – 11.30 pagi - Taklimat bersangkutan pengajian
11.30 pagi – 12.30 tghr - Taklimat peraturan madrasah dan pendaftaran pelajar yang lulus temuduga.
Catatan penting:
Ibu/bapa/penjaga perlu hadir semasa sesi taklimat dan pendaftaran.